top of page

Tarikh :

Daripada : Jamali dan Naza, Anjung Eksklusif Catering

 

 

RE: Perkhidmatan Anjung Eksklusif Catering

Assalamua'laikum Kepada Semua Bakal Pengantin,

Adakah anda masih keliru mengenai pilihan perkhidmatan katering yang benar-benar dapat memuaskan hati anda dengan masakan, layanan dan perkhidmatan taraf 5 bintang?



Setelah bertahun beroperasi secara senyap menyediakan pelbagai masakan untuk pihak atasan dan korporat secara sulit, kini Anjung Eksklusif Catering sudah bersedia mengambil risiko yang tinggi dimarahi oleh pihak tertentu semata-mata bagi membolehkan anda turut merasai makanan kami yang menjadi rahsia khas sekumpulan orang sahaja! Itu pun untuk anda yang CEPAT BERTINDAK sahaja!   Seperti yang anda ketahui, berkhidmat dengan pihak atasan dan korporat amat mencabar. Tuntutan mereka adalah pelbagai dan amat memenatkan.

Walaupun perit, kami bersyukur kerana telah berjaya melaksanakannya dengan cemerlang sehingga mendapat tempat khas di hati mereka dan terus menerus mendapat kepercayaan dari mereka.

Apa yang kami tawarkan?

Perkhidmatan "5 Bintang" melalui pengalaman kami mengendalikan majlis VIP dan selebriti.

 

Berpengalaman dalam mengendalikan majlis hidangan perkahwinan.
 

Boleh memenuhi impian perkahwinan anda atau kekasih sejak dari kecil lagi.
 

Mempunyai pelbagai kanopi pilihan mengikut citarasa anda (Arabian dan Pyramid).
 

Mempunyai PA System, DJ dan Karaoke Set sendiri.
 

Pilihan kerusi eksklusif atau plastik (bersarung/tiada sarung).

Rasai keenakan masakan dari katerer yang selama ini menjadi simpanan rahsia eksklusif menteri dan dif terhormat di Malaysia!

...dan ketahui mengapa mereka menempah Katerer ini secara berulang-kali dari dulu hingga sekarang!

Siapakah kami?

Anjung Eksklusif Catering diterajui oleh sepasang suami isteri Jamali dan Naza yang berjiwa usahawan dan sentiasa bergerak dan berusaha untuk memenuhi citarasa pelanggan. Kami sudah berkhidmat di dalam bidang katering ini lebih dari SEMBILAN tahun yang cukup membuktikan keutuhan perniagaan kami.

Senarai Pelanggan Korporat Terdahulu

Adakah harga paling murah pilihan anda?

Dalam memilih pebekal katering, mungkin ada di antara anda yang mementingkan harga. Kalaulah ada harga serendah RM2.00 untuk seorang, maka caterer itu yang akan ditempahnya. Tetapi tahukah anda bagi caterer sebegini, banyak bahayanya! Ada yang memerlukan lebih dari 1,000 orang minimum, makanan yang dimasak tidak sesedap mana, hiasan scallop ala-kadar sahaja dan paling memeranjatkan khemah atau kanopi mereka sudah berbulan tidak dibasuh. Sakit mata memandangnya! Ada juga tiada kipas atau mist fan yang menyebabkan tetamu anda terbakar seperti cacing kepanasan. Adakah caterer sebegini menjadi pilihan anda?





Tahukah anda pada tahun 2010 sahaja, Anjung Eksklusif Catering telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan lebih dari 1500 tempahan katering? Kerajaan, korporat dan orang kenamaan.. Kini anda berpeluang untuk merasai nikmat katering orang ternama pada harga serendah RM6.60 seorang SAHAJA!

Bilangan pelawat

bottom of page